Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Mengapa CEO Chatime Malaysia Memilih Siri Huawei Mate Berbanding Jenama Lain?

Chatime merupakan salah satu jenama minuman dan kafe yang terkenal di Malaysia. Ia telah hadir beberapa tahun sebelum ini ke pasaran tempatan dan berkembang pesat sejak daripada itu – salah satu perkara yang boleh disamakan dengan Huawei yang telah mula memfokuskan kepada arena telefon pintar dan berkembang pesat dalam arena tersebut sejak daripadanya.

Huawei Chatime

CEO Chatime Malaysia, Bryan Loo merupakan salah seorang peminat Huawei, dan turut mengemari pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh Huawei melalui siri Mate mereka. Berikut merupakan beberapa fungsi yang diminati oleh Bryan Loo pada telefon pintar Huawei:

1 – Kebolehan Merakamkan Gambar Dokumen Dan Dilaraskan Automatik

Pada telefon pintar Huawei, aplikasi kamera-nya menyertakan fungsi merakamkan gambar dokumen dan ia dilaraskan secara automatik untuk dipaparkan sebagai sebuah paparan dokumen dan bukannya gambar biasa. Ini memudahkan pengguna untuk menyimpannya dan membuat rujukan pada masa akan datang, selain membuat catatan pada gambar berkenaan.

Huawei Chatime

2 – Merakamkan Gambar Jelas Tanpa Terjejas Dengan Gegaran

Telefon pintar Huawei Mate hadir dengan sokongan penstabilan imej optikal. Ini membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar dengan jelas walaupun ketika bergerak ataupun ketika dalam keadaan tidak stabil. Fungsi ini diminati oleh Brian Loo memandangkan boleh merakamkan pelbagai gambar yang cantik walaupun ketika sedang bergerak.

3 – Audio Yang Sangat Baik Untuk Panggilan Persidangan

Huawei Mate dengan fokus terhadap pengguna perusahaan, ia turut hadir dengan fungsi membuat panggilan persidangan yang jelas melaluinya. Ia menyertakan sokongan mikrofon yang merakamkan suara daripada sesuatu arah dengan baik, selain boleh mendengar panggilan melalui speaker terbina padanya.

Huawei Mate 8

4 – Melancarkan Aplikasi Dengan Pantas

Huawei Mate turut menyertakan kebolehan untuk memulakan sesuatu aplikasi dengan pantas tanpa perlu mencari sesuatu ikon aplikasi berkenaan. Pengguna hanya perlu membuat lakaran menggunakan buku jari pada skrin dan ia akan membuka aplikasi yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, anda boleh tetapkan untuk membuka aplikasi Chattime dengan membuat lakaran huruf C.

5 – Merakamkan Paparan Skrin Dengan Mudah

Pada peranti Huawei, pengguna boleh membuat rakaman skrin dengan mudah dengan hanya mengetuk menggunakan buku jari sebanyak dua kali pada skrin, dan ia akan merakamkan gambar paparan skrin berkenaan. Seterusnya, pengguna boleh membuat catatan nota dan berkongsi ia dengan rakan sekerja yang lain.

Huawei Chatime

6 – Pengimbas Cap Jari Yang Turut Boleh Digunakan Untuk Navigasi

Huawei memposisikan sensor cap jari dibahagian belakang yang memudahkan pengguna untuk mencapainya dengan mudah ketika menggunakannya. Disamping hanya untuk tujuan sekuriti, sensor sama juga turut boleh digunakan untuk navigasi, sebagai contoh untuk menatal gambar atau melihat notifikasi.


Huawei Mate merupakan salah satu siri peranti yang direkabentuk khusus untuk usahawan dan juga ahli perniagaan. Ia menawarkan pelbagai ciri-ciri menarik serta masa penggunaan yang sangat lama tanpa risau kehabisan bateri seperti peranti lain.

Di Malaysia, Huawei Mate 8 Premium boleh didapati melalui Vmall pada harga RM2399.


Penafian : Advertorial daripada Huawei Malaysia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Mengapa CEO Chatime Malaysia Memilih Siri Huawei Mate Berbanding Jenama Lain?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info