Instagram memulakan hidup sebagai media sosial memuat naik gambar yang diambil menggunakan peranti mudah alih. Ia kini berevolusi menjadi platform popular bagi memperlihatkan karya fotografi yang diambil menggunakan kamera DSLR. Kepada pemilik DSLR proses memuat naik gambar yang diambil masih lagi tidak mesra pengguna. Gambar perlu dipindahkan terlebih dahulu ke peranti mudah alih sebelum ia boleh dimuat naik ke Instagram.
Dengan pemalam LR/Instagram, proses memuat naik gambar menjadi lebih mudah. Gambar yang sudah disunting menggunakan Adobe Lightroom boleh dimuat naik ke Instagram menggunakan perisian fotografi popular ini. Terdapat sokongan templat untuk hashtag kegemaran, suntingan automatik nisbah gambar (4:3 atau 19:1) dan sokongan pelbagai akaun. Ini ialah fungsi yang kami yakin telah lama didambakan pengguna Lightroom yang kerap menggunakan Instagram. Pemalam ini boleh dimuat turun secara percuma untuk Lightroom CC/3.0 melalui pautan di bawah.
Muat turun pemalam LR/Instagram untuk Adobe Lightroom
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LR/Instagram – Pemalam Memuat Naik Gambar Ke Instagram Menggunakan Lightroom"