Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone Pada Tahun Ini Akan Menyerupai iPhone 6S – Perubahan Besar Akan Hadir Pada Tahun Hadapan

Setiap tahun, salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai untuk melihat apa yang ditawarkan adalah iPhone. Pada tahun ini, ramai menantikan iPhone 7 yang dijangka diperkenalkan sekitar bulan Oktober kelak. Beberapa desas-desus telah kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan kini laporan WSJ terbaru seperti mengukuhkan beberapa desas-desus sebelum ini.

WSJ mengatakan iPhone 7 daripada Apple pada tahun ini akan menyerupai rekaan iPhone 6 dan iPhone 6S sebelum ini. Perkara ini sekaligus menjadikan Apple mengguna kembali rekaan iPhone buat kali ketiga, berbeza dengan sebelum ini yang hanya terhad kepada dua kali sahaja. Seperti tahun lepas, ia bakal ditawarkan dalam saiz 4.7-inci dan juga 5.5-inci.

Apple iPhone

iPhone pada tahun ini juga akan membuang ruangan audio-jack, dan menggantikan penggunaannya dengan USB Type-C.

Sebaliknya, Apple dijangka akan memperkenalkan perubahan drastik pada iPhone 2017 kelak – apatah lagi ia bersempena dengan ulang-tahun ke-10 sejak iPhone diperkenalkan. Mengikut beberapa desas-desus, ia dikatakan mungkin menyertakan skrin OLED dari bucu-ke-bucu serta integrasi TouchID terus pada skrin paparan yang menggantikan penggunaan butang Home. Rekaan akhir peranti berkenaan masih dibangunkan dan belum selesai sepenuhnya buat masa ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone Pada Tahun Ini Akan Menyerupai iPhone 6S – Perubahan Besar Akan Hadir Pada Tahun Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info