Penstriman kandungan video ialah evolusi seterusnya untuk rancangan hiburan. Manusia zaman pasca PC tidak lagi mempunyai masa untuk menonton siri TV pada waktu dan hari tertentu. Mereka hanya akan menonton pada waktu kelapangan yang dipilih sendiri. Tidak mengejutkan perkhidmatan penstriman seperti Netflix, Tonton dan iFlix semakin mendapat tempat di hati pengguna. Syarikat televisyen satelit juga mengikuti perkembangan semasa dan membenarkan program TV dimuat turun atau dirakam ke dalam decoder mereka.
Sebagai pengguna tegar perkhidmatan penstriman video kami menyedari satu perkara yang menjengkelkan. Kandungan tidak dapat ditonton dengan lancar kerana kelajuan internet yang tidak stabil. Di dalam kes Netflix gambar video berubah dari resolusi tinggi ke rendah secara tiba-tiba apabila internet mula menjadi seakan kura-kura. Oleh itu Fast.Com dilancarkan oleh Netflix untuk menguji kelajuan internet anda menstrim kandungan mereka.
Laman ini menggunakan server Netflix dan kelajuan sebenar penstriman anda boleh diketahui. Dari ujian yang kami lakukan kelajuan sambungan internet menggunakan Fast.com adalah lebih rendah berbanding yang dipaparkan menerusi Speedtest. Kepada pengguna Netflix, Fast.com memberikan ujian yang lebih tepat untuk mengetahui kepantasan penstriman anda.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Melancarkan Fast.Com Yang Meguji Kepantasan Penstriman Internet Pengguna"