Sembang Maniac

Sembang-sembang je

PlayStation Network Akan Mengalami Gangguan Hari Ini Untuk Penyelenggaraan

Kepada pemilik konsol PlayStation 4, PlayStation 3 dan PlayStation Vita, ini adalah peringatan kepada anda semua. Perkhidmatan PlayStation Network akan mengalami gangguan selama dua jam hari ini bermula dari 12:30 tengahari. Ini adalah bagi membenarkan Sony menjalankan proses penyelenggaraan berkala. Sepanjang proses penyelenggaraan, pengguna tidak akan dapat mengakses PlayStation Store dan juga profil peribadi.

Playstatin NetworkPengguna  masih boleh bermain di atas talian dan menggunakan perkhidmatan atas talian seperti YouTube. Penyelenggaraan ini dilakukan bagi memperbaiki beberapa masalah yang timbul selepas kemas kini 3.50 untuk PlayStation 4. Memandangkan gangguan berlaku ketika waktu bekerja di Malaysia, sebarang masalah yang mungkin timbul dapat dikurangkan ke tahap paling minimum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "PlayStation Network Akan Mengalami Gangguan Hari Ini Untuk Penyelenggaraan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info