Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Kini Menyokong Penstriman Video 360 Darjah Secara Langsung

Penstriman video secara langsung kini boleh dilakukan oleh majoriti peranti Android. Ia pertama kami lihat pada Sony Xperia Z2 yang menyertakan aplikasi khas YouTube Live pada aplikasi kameranya. Kerana pendemokrasian teknologi dan harga langganan data yang semakin murah, penstriman secara langsung kini mampu dilakukan oleh kita semua. Sebagai contoh majlis pengebumian Tuan Guru Nik Aziz tahun lalu kami tonton menerusi YouTube dengan amat lancar sekali walaupun tidak menggunakan peralatan profesional. Facebook kini turut menyokong penstriman langsung untuk semua pengguna.

Teknologi penstriman masih lagi berkembang bagi meningkatkan kualiti video. Kegilaan terkini ialah video 360 darjah yang membolehkan pengguna menonton video menggunakan peranti realiti maya. YouTube hari ini mengumumkan sokongan penstriman video 360 darjah secara langsung dengan sokongan audio spatial.

Apakah audio spatial?  Ia adalah sistem audio yang berubah mengikut kedudukan objek di dalam video. Apabila anda bergerak lokasi sumber audio akan bergerak, sebelum ini sistem audio video 360 darjah yang dimainkan menerusi YouTube tidak bergerak dengan video yang ditonton. Dengan sokongan audio spatial, pengguna peranti realiti maya akan dapat menyelami dunia yang mereka tontoni secara realistik. Sudahkan anda mencuba rakaman video secara 360 darjah?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "YouTube Kini Menyokong Penstriman Video 360 Darjah Secara Langsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info