Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adakah Nokia Akan Menjual Perniagaan Kesihatan Digital Mereka?

Nokia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka telah memulakan proses kajian strategik untuk perniagaan kesihatan digital mereka. Ini sekaligus membawa kepada spekulasi sama ada Nokia ingin menjualnya, atau melihat kepada beberapa pilihan lain untuk perniagaan berkenaan.

Perniagaan kesihatan digital merupakan salah satu arena yang dilihat oleh pelbagai pihak – termasuk Nokia. Nokia sendiri sebelum ini telah mengambil-alih Withings dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena ini – selain telah menawarkan beberapa produk kesihatan dibawah jenama Nokia.

Nokia mengatakan yang mana kajian strategik semula ini mungkin membawa kepada transaksi atau mungkin juga tidak.

Sebelum ini, Nokia turut telah menamatkan perniagaan Ozo yang memfokuskan kepada penawaran kamera 360-darjah. Mungkinkah kita melihat perniagaan kesihatan digital Nokia ini turut menerima nasib sama?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adakah Nokia Akan Menjual Perniagaan Kesihatan Digital Mereka?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info