Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Worms W.M.D Akan Hadir Di PlayStation 4 Sempena Ulang Tahun Ke-21

Permainan multiplayer yang boleh meruntuhkan persahabatan kegemaran kami di kolej dahulu ialah Worms 3D. Permainan baru Worms W.M.D akan dilancarkan tahun ini sempena ulang tahunnya yang ke-21 . Ia akhirnya turut akan hadir pada platform PlayStation 4 hujung tahun ni selepas hanya diumumkan pada platform pada PC dan Xbox One Ogos tahun lalu.

Worms-WMD-1

Worms W.M.D membawakan beberapa pembaharuan berbanding Worms. Pemain boleh menggunakan kenderaan seperti helikopter untuk menyerang musuh. Terdapat juga struktur bangunan yang boleh digunakan untuk melarikan diri dari tembakan musuh. Pemain boleh bermain dengan rakan-rakan dengan menggunakan empat pengawal permainan serentak ataupun di atas talian. Sama-sama kita nantikan kemunculannya hujung tahun dan mengembalikan nostalgia peperangan cacing yang amat menyeronokkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Worms W.M.D Akan Hadir Di PlayStation 4 Sempena Ulang Tahun Ke-21"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info