Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Vernee Thor – Peranti Pertama Mempunyai Integrasi Uber

Vernee ialah nama baru di dalam dunia peranti pintar. Syarikat dari Tanah Besar China ini mengeluarkan Vernee Apollo beberapa minggu yang lalu dan adalah peranti pintar pertama yang menggunakan pemproses Helio X20 dengan RAM sebesar 6 Gigabyte. Mereka juga menghasilkan peranti kelas permulaan Vernee Thor yang akan menjadi peranti pertama yang mempunyai integrasi Uber.

Vernee Thor 1

Thor mempunyai skrin 5″ 720, diperkasakan pemproses MediaTek MT6753, RAM sebesar 3 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 16 Gigabyte. Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Bateri 2800 disertakan dengan kemampuan pengecasan pantas. Menarik sekali bagi kami ialah ia bakal menggunakan Android Marshmallow Vanilla tanpa pelancar pihak ketiga. Harga jualan pula ialah sekitar RM 525 sebuah. Bagi spesifikasi yang kami senaraikan tadi, harga jualan Thor adalah amat menarik.

Apakah yang dimaksudkan oleh Vernee sebagai peranti dengan integrasi Uber pertama ini masih lagi belum jelas. Peranti ini hanya akan mula dijual di China pada bulan April hadapan.

Vernee Thor 2



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Vernee Thor – Peranti Pertama Mempunyai Integrasi Uber"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info