Titanfall ialah permainan yang mendapat sambutan hangat dari pemilik PC, Xbox One dan Xbox 360 dua tahun yang lalu. Penggunaan robot dan sistem jetpack ini menjadi ikutan pengeluar permainan FPS yang lain seperti Call of Duty. Kepada yang masih belum memiliki permainan ini, anda kini boleh memilikinya secara percuma dengan melanggan kepada Origin Access.
Titanfall ialah sebuah lagi permainan percuma yang diberikan oleh Electronic Arts kepada pelanggan perkhidmatan permainan mereka. Menerusi Origin Access, anda boleh mendapat akses awal selama 5 hari ke atas permainan terkini terbitan EA. Selain daripada itu pelanggan juga dapat menikmati diskaun sebanyak $10 ke atas pembelian permainan di Origin.
Kepada yang berminat harga langganan Origin Access ialah $6.45 sebulan. Selain Titanfall permainan percuma lain yang boleh dimuat turun ialah Battlefield 4, Battlefield Hardline, Dead Space, NFS Rival dan Dragon Age Inquisition.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Titanfall Kini Percuma Bagi Pelanggan Origin Access"