Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Replay Technologies Kini Dimiliki Intel – Sistem Ulangan Aksi 360° Seakan Matrix

Rakaman ulangan aksi pada acara sukan membolehkan penonton melihat semula gol yang dijaringkan secara gerak perlahan. Ia turut boleh digunakan untuk melihat sama ada keputusan pengadil di atas padang adalah tepat ataupun tidak. Sungguhpun begitu teknologi yang digunakan sekarang hanya memberikan rakaman ulangan semula aksi dari beberapa sudut tertentu sahaja.

Replay Technologies ialah syarikat yang menghasilkan sistem rakaman aksi 360 darjah seakan-akan Bullet Time dari filem The Matrix. Dengan teknologi ini penonton boleh melihat semula setiap gol yang dijaringkan mengikut kehendak mereka. Intel baru sahaja mengumumkan pembelian syarikat yang berpangkalan di Israel ini.

Sistem Replay Technologies sudah digunakan untuk liga bola keranjang NBA di Amerika Syarikat. Penonton di rumah boleh menggunakan aplikasi pintar untuk melihat semula aksi menarik dari segala sudut. Sebanyak 28 kamera berdefinisi tinggi diletakkan di dalam stadium bagi menghasilkan pandangan 360 darjah. Pihak Replay Technologies kini dalam perancangan menggunakan teknologi ini untuk sukan ragbi dan juga UFC. Sebagai peminat sukan bola sepak, kami mahukan teknologi ini digunakan dengan segera untuk siaran di kaca TV. Ini bagi mengelakkan kontroversi seperti jaringan gol menggunakan “tangan tuhan” Maradona dari berlaku di masa hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Replay Technologies Kini Dimiliki Intel – Sistem Ulangan Aksi 360° Seakan Matrix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info