Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Polis Perancis Menasihatkan Ibu Bapa Tidak Memuat Naik Gambar Anak Ke Facebook

Facebook ialah media sosial yang digunakan ibu bapa untuk berkongsi gambar anak mereka. Di Malaysia terdapat trend aneh ibu bapa menukar gambar profil dengan gambar anak sehingga anda kini tidak mengenali siapakah “kawan” anda ini. Kerap kali juga gambar anak dimuat naik secara pukal untuk ditonton oleh nenek dan datuk yang duduk berjauhan. Niat memuat naik ini murni tetapi seperti kebiasaan di internet, perkara murni boleh bertukar keji apabila ianya jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab.

Gambar boleh dicuri dan kemudian digunakan tanpa kebenaran. Ini yang berlaku kepada anak seorang artis Malaysia tahun lalu. Paling menjijikkan, seorang lagi artis komedi Malaysia berang apabila gambar putera beliau ditemui di laman pedofilia.

Facebook Live Photos

Di Perancis, pihak polis menasihatkan ibu bapa supaya berhenti memuat naik gambar anak mereka ke Facebook. Ini adalah bagi menghalang gambar mereka dicari dan digunakan modal melampiaskan nafsu golongan pedofilia. Mereka juga mengingatkan ibu bapa bahawa tindakan ini boleh menyebabkan mereka disaman di masa hadapan Perancis mempunyai undang-undang privasi yang membolehkan individu disaman sekiranya gambar peribadi dimuat naik tanpa kebenaran tuan punya badan.

Memandangkan anak-anak kecil tidak pernah memberikan kebenaran kepada ibu bapa memuat turun, denda sehingga €45000 atau penjara sehingga setahun boleh dikenakan ke atas ibu bapa mereka. November lalu kami ada memaparkan artikel tentang fungsi baru yang akan diperkenalkan Facebook. Apabila gambar anak kecil dikesan, Facebook akan memberikan peringatan sama ada ibu bapa benar-benar ingin memuat naik gambar anak mereka. Di dalam dunia yang semakin gila, mungkin berjaga-jaga dan tidak memuat naik gambar adalah lebih baik. Ini telah kami lakukan sejak kelahiran puteri kami dua tahun yang lalu. Anda tidak rugi sesenpun tampa gambar anak di galeri profil Facebook anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Polis Perancis Menasihatkan Ibu Bapa Tidak Memuat Naik Gambar Anak Ke Facebook"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info