Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebanyak 8 Gigabyte Storan Sudah Terpakai Di Dalam Setiap Samsung Galaxy S7

Trend pasaran sekarang ialah muatan dalaman peranti utama bermula dari 32 Gigabyte. Ini adalah kerana kebanyakannya mampu mengambil video 4K yang bersaiz besar dan pengeluar tidak mahu pengguna kekurangan storan. Dari hari pertama lagi muatan dalaman yang digunakan pasti lebih kecil dari yang diiklankan kerana telah digunakan untuk mengisi aplikasi terbina pengeluar. Di dalam kes Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge, Samsung sudah menggunakan 8 Gigabyte untuk sistem operasi dan aplikasi terbina.

Galaxy-S7-8-gigabyte-storan

Ini adalah saiz yang agak besar iaitu 25% storan untuk model 32 Gigabyte.  Berita baik di sini ialah S7 mengembalikan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD. Samsung juga menyertakan sokongan memindahkan aplikasi dari memori peranti ke kad MikroSD dengan mudah. Kepada mereka yang banyak memuat turun aplikasi dan mahu membeli peranti ini, kami sarankan anda terus membeli sebuah kad SD berkapasiti besar bagi keperluan masa depan anda.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebanyak 8 Gigabyte Storan Sudah Terpakai Di Dalam Setiap Samsung Galaxy S7"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info