Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembantu Maya Hound Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android Dan iOS

Hound ialah pembantu maya yang dibangunkan oleh syarikat yang sama membangunkan aplikasi mengenalpasti muzik popular Soundhound. Pembantu maya ini diperlihatkan Jun tahun lalu sebagai saingan kepada Google Now, Cortana dan Siri. Ia menggunakan teknologi Houndify yang sama seperti digunakan pada Soundhound. Selepas menjalani ujian Beta selama lebih enam bulan, Hound kini boleh dimuat turun oleh pengguna Android dan iOS.

Hoiund-Pembantu-Maya

Aplikasi ini turut mengintegrasikan aplikasi Uber, Yelp dan Expedia. Pengguna boleh menggunakan Hound untuk bertanya tambang perjalanan Uber dan lokasi restoran terdekat secara terbina. Dari keputusan carian yang dilakukan, pengguna boleh mengecilkan lagi skop carian dengan menanyakan soalan kedua. Ini adalah fungsi unik yang setahu kami tidak disokong oleh pembantu maya yang lain. Sekiranya anda mahukan pembantu maya yang memberikan kelainan, anda boleh mencubanya hari ini. Pautan muat turun adalah seperti di bawah.

Muat turun Hound Voice Search & Assistant Android dari Google Play Store [/downlpoad]

Muat turun Hound Voice Search & Assistant iOS  dari Apple App Store [/downlpoad]



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Pembantu Maya Hound Kini Boleh Dimuat Turun Pengguna Android Dan iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info