Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MWC 2016 : Moto X Force – Dengan Skrin Yang Kalis Retak & Pecah

Bunyinya memang pelik, angkuh dan bongkak tetapi itulah janji dari Motorola sewaktu melancarkan peranti terbaru mereka pada akhir tahun lepas iaitu Moto X Force. Moto X Force tidaklah sebegitu baru, kerana pada asalnya ia dinamakan sebagai Droid Turbo 2, dan Moto X Force adalah namanya untuk pasaran antarabangsa bermula November tahun lalu. Peranti ini hadir dengan menjanjikan skrin yang tidak akan pecah walaupun jatuh ke permukaan yang terlalu keras.

Moto X Force
Skrin 5.5-inci 1080p
Pemproses Snapdragon 810 2.0GHz octa-core
Memori 3GB RAM
Storan 32GB / 64GB + Kad Mikro-SD Sehingga 200GB
Kamera Utama 21 MP / Rakaman Video 2K
Kamera Depan 5 MP
Sistem Android 6.0
Bateri 3,760 mAh
Ciri-ciri Kalis Retak & Pecah, Kalis Air.

Dari segi rekaan, telefon pintar flagship Motorola berspesifikasi tinggi ini mengetengahkan rekaan yang ikonik dan hadir dengan badan Unibody. Penutup belakang boleh ditukar mengikut selera pengguna semeasa membelinya. Terdapat pelbagai pilihan penutup belakang disediakan untuk peranti ini. Telefon ini juga turut kalis air, malah sewaktu demonstrasi di acara ini, telefon tersebut juga boleh beroperasi walau direndam dalam air, membolehkan anda mengoperasikan Moto X Force dalam keadaan tersebut.

Sebagai peranti flagship dari Motorola, Moto X Force haruslah membawakan spesifikasi yang tinggi. Ia dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 810 2.0 GHz lapan-teras dan 3GB RAM, satu spesifikasi yang terkini dengan cip yang baru dan kapasiti RAM yang lebih besar. Bagi tujuan storan, pengguna mempunyai kapasiti storan terbina dalam pilihan 32GB atau 64 GB, dan boleh ditambah menerusi slot kad Mikro-SD sehingga 200GB.

MWC2016 - Moto X Force IMG_9983

MWC2016 - Moto X Force IMG_9989

Untuk paparan Moto X Force yang kalis retak dan pecah ini, ia bersaiz 5.4-inci dengan resolusi 2K 2560 x 1440. Kadar kepadatan pixel untuk paparannya juga tinggi, iaitu 540 ppi. Kekuasaan kamera utamanya juga selari dengan paparannya, dimana kamera 21MP ini boleh merakam video pada resolusi 2K 30fps. Ia juga dilengkapi lampu LED Flash. Salah satu perkara yang mungkin sedikit kurang adalah sensor untuk kamera hadapannya hanya sebesar 5MP namun turut disertakan dengan lampu. LED Flash.

Telefon ini beroperasi menggunakan Android Marshmallow dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 3,760 mAh dengan pengecasan tanpa wayar. Dengan kapasiti bateri yang agak besar, dikatakan ia mampu beroperasi sehingga dua hari lamanya. Untuk peranti ini, Moto X Force masih menggunakan sambungan Mikro-USB.

MWC2016 - Moto X Force IMG_9993 MWC2016 - Moto X Force IMG_9999

Tidak dinafikan peranti pintar adalah peranti yang mudah pecah. Meskipun menggunakan kaca yang tahan lasak, risiko pecah sentiasa ada. Malah untuk komponen peranti mudah alih, memang kebiasannya kos penggantian paparan skrin adalah yang paling mahal berbanding komponen lain. Malah pasaran aksesori Tampered Glass juga mendapat perhatian umum dan membelinya sebagai tambahan perlindungan terhadap skrin.

Bagi mengatasinya, Motorola menghasilkan teknologi Moto Shattershield yang membolehkan Moto X Force kalis pecah. Ia merupakan teknologi yang menyatukan lima lapisan paparan bagi melindunginya dan dijamin tidak akan retak atau pecah. Motorola turut menyatakan jaminan selama 4 tahun yang paparan skrin Moto X Force tidak akan berlaku sebarang musibah keatasnya.

MWC2016 - Moto X Force IMG_9986

Motorola pada acara pelancaran Moto 360 di Malaysia menyatakan akan membawa Moto X, Moto G, dan Moto E ke pasaran tempatan namun tidak diketahui tarikh tepat untuk peranti ini mula dijual untuk pasaran tempatan. Fungsi Moto Maker juga akan hadir untuk pasaran tempatan, membolehkan pengguna tempatan melakukan kustomasi pada peranti yang dibeli. Ia tidak diketahui andainya Moto X Force akan turut serta hadir ke pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "MWC 2016 : Moto X Force – Dengan Skrin Yang Kalis Retak & Pecah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info