Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Masalah Kelembapan Pelayaran Web Antarabangsa Dijangka Diselesaikan Menjelang 31 Mac 2016

Pihak Telekom Malaysia telah berkongsi mengenai akan masalah pelayaran web antarabangsa yang mungkin sedikit perlahan berbanding kebiasaan sejak awal minggu ini, dan terkini pihak Telekom Malaysia berkongsi lanjut mengenainya.

Melalui mesej yang direkodkan pada panggilan pusat khidmat pelanggan Telekom Malaysia, mereka mengatakan masalah ini dijangka akan diatasi menjelang 31 Mac 2016 kelak.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak berkongsi mengenai apakah terdapat kabel putus ataupun sebagainya.

Disebabkan oleh masalah ini, pelayaran web yang dihoskan di pelayan Amerika Syarikat atau Asia Utara akan mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Masalah Kelembapan Pelayaran Web Antarabangsa Dijangka Diselesaikan Menjelang 31 Mac 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info