Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan Uncharted 4 : A Thiefs End Ditangguh Buat Kali Ketiga

Tarikh jualan Uncharted 4 : A Thief’s End sekali lagi ditangguh oleh pihak Sony. Sepatutnya ia mula dijual pada 26 April ini tetapi akibat penangguhan kali ketiga ini ia hanya akan dijual 10 Mei hadapan. Penangguhan kali ini disebabkan oleh pihak Sony mahu memastikan terdapat salinan permainan yang mencukupi untuk jualan hari pertama.Memandangkan permainan ke-4 Nathan Drake ini adalah permainan yang amat dinantikan pada konsol PlayStation 4, sambutan oleh peminat dijangka luar biasa.

Thumb Uncharted 4 1

Uncharted 4 menghadapi beberapa masalah sepanjang proses produksi. Masalah awal berlaku apabila Amy Henning, penulis trilogi asal keluar dari Naughty Dog mengakibatkan kesemua jalan cerita yang dihasilkan beliau terpaksa ditulis semula. Ini mengakibatkan kelewatan selama 8 bulan. Kemudian masalah melanda komponen permainan atas talian yang sekali lagi melewatkan produksi. Selepas penangguhan demi penangguhan kami berharap produk akhir tidak akan mengecewakan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan Uncharted 4 : A Thiefs End Ditangguh Buat Kali Ketiga"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info