Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini Terkini HTC One A9 Bakal Memberikan Fungsi Pengecasan QuickCharge 3.0

HTC One A9 yang dilancarkan di Malaysia pada yang lalu ialah peranti yang menggunakan pemproses Snapdragon 617. Pemproses ini menyokong sistem pengecasan pantas terkini QuickCharge 3.0. Tetapi sekiranya anda memiliki peranti ini anda akan menyedari peranti tidak mengecas dengan pantas. Ini adalah kerana fungsi QuickCharge 3.0 hanya akan diaktifkan selepas kemas kini 1.56.401.70 sebesar 440 MB yang buat masa ini sudah diterima oleh pemilik di Eropah.

Qualcomm Quick Charge

Kemas kini ini turut membawakan fungsi mengawal suhu warna skrin dan beberapa lagi penambah baikan ke atas sistem peranti. Buat masa ini kemas kini ini masih belum hadir untuk pengguna di Malaysia tetapi ia amat kami nantikan kerana ketahanan bateri A9 adalah kurang memuaskan. Dengan QuickCharge 3.0 sekurang-kurangnya kami tidak perlu menunggu lama untuk mengecasnya semula.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemas Kini Terkini HTC One A9 Bakal Memberikan Fungsi Pengecasan QuickCharge 3.0"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info