Sembang Maniac

Sembang-sembang je

IDC : Asus Kini Jenama Kedua Popular Di Asia Tenggara – Samsung Masih Dihadapan

IDC hari ini telah mengeluarkan data semasa mereka berkaitan pegangan pasaran oleh pengeluar telefon pintar sepanjang tahun 2015 yang lepas. Daripada data yang dikeluarkan, Samsung menduduki tangga teratas dengan hampir 22% pegangan pasaran, dan diikuti oleh Asus pada tangga kedua.

IDC 2015

Samsung memperlihatkan peningkatan jualan peranti dari 2014 ke 2015 – dan antara model yang popular di rantau Asia Tenggara ini adalah Galaxy J yang menawarkan harga peranti bawah RM1000.

Dibelakang Samsung adalah Asus, yang mana sedia popular dengan pelbagai variasi peranti Zenfone. Ditangga ketiga adalah Apple, dan ia diikuti oleh OPPO di tangga ke-4.

Daripada lokasi pembelian, ia dikatakan hampir 74% pembelian di rantau Asia Tenggara berlaku di kedai, sementara 20% melalui syarikat telekomunikasi. Jualan atas-talian hanya dikaatakan sekitar 3% sahaja di rantau Asia Tenggara pada tahun 2015 yang lepas.

IDC menyasarkan angka jualan telefon pintar akan terus meningkat pada tahun ini, dan secara keseluruhan di rantau Asia Tenggara, sebanyak 113 juta unit peranti dijangka akan terjual pada 2016 ini, dan 166 juta menjelang tahun 2020 kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "IDC : Asus Kini Jenama Kedua Popular Di Asia Tenggara – Samsung Masih Dihadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info