Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Photos Kini Memilih Gambar Terbaik Percutian Anda Dan Membuat Album Secara Automatik

Google Photos telah diperkenalkan kurang daripada setahun yang lepas, tetapi ia telah menyertakan pelbagai fungsi-fungsi pintar yang membuatkan perkhidmatan berkenaan salah satu perkara yang diminati ramai pengguna peranti mudah-alih.

Google Photos

Terkini, Google memperkenalkan sebuah fungsi baru yang dinamakan sebagai album pintar. Melaluinya, ia akan membuat pilihan rakaman gambar terbaik ketika anda bercuti, dan kemudian menyusun ia dalam sebuah album yang baik untuk rujukan anda.

Untuk makluman, ia adalah penambah-baikkan fungsi Stories sebelum ini, dan bakal menggantikannya secara menyeluruh. Stories sebelum ini boleh dikatakan menawarkan fungsi yang sama, tetapi tidak memilih gambar yang terbaik – tetapi kadang-kala adalah rawak, yang mana mungkin bukan suatu gambar yang sangat cantik anda pernah rakamkan. Google menjayakan pemilihan gambar ini menggunakan algoritma pembelajaran mesin mereka.

Seperti biasa, walaupun ia dibuat secara automatik, pengguna masih boleh menyuntingnya dan memilih untuk menyimpan atau berkongsi dengan rakan-rakan lain.

Google mengatakan fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna Android, iOS dan web bermula hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Photos Kini Memilih Gambar Terbaik Percutian Anda Dan Membuat Album Secara Automatik"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info