Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Imagination Technologies Untuk PowerVR GPU

Syarikat gergasi seperti Apple sering mengambil-alih beberapa syarikat lain dalam usaha menambah portfolio dan kepakaran dalam syarikat mereka. Terkini, ia dilaporkan Apple dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih Imagination Technologies.

Bagi yang tidak mengenali akan Imagination Technologies, ia merupakan syarikat disebalik GPU PowerVR yang sedia digunakan oleh Apple sejak daripada cip A4 mereka.

Apple sendiri sebelum ini mempunyai pegangan dalam syarikat Imagination Technologies – dan sekiranya mereka mengambil-alih keseluruhan syarikat berkenaan, ia akan memberikan lebih kelebihan kepada Apple dalam membangunkan GPU mereka, dan mengoptimasikannya bersama-sama siri cip pemprosesan mereka dalam menawarkan kuasa grafik yang baik pada peranti mudah-alih.

Buat masa ini, pihak Imagination Technologies tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan perkara ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Imagination Technologies Untuk PowerVR GPU"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info