Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Chromecast Akan Dijenamakan Semula Menjadi Google Cast

Chromecast telah diperkenalkan secara rasmi sekitar tahun 2013 yang lepas, dan sejak daripadanya, ia telah berkembang dan kini turut diintegrasikan dalam televisyen, dan juga pembesar suara. Dengan perkembangan ini, dan dalam usaha membawa teknologi berkenaan terus kehadapan, Google kini mengumumkan ia akan dijenamakan semula menjadi Google Cast.

Seperti ramai sedia maklum, dengan integrasi ia dalam pelbagai aplikasi, malah pada pembesar suara dan televisyen – ia membuatkan tidak lagi relevan untuk menggunakan nama “Chrome” pada aplikasi berkenaan. Langkah ini mungkin merupakan salah satu perkara yang telah dijangka beberapa pengguna sebelum ini.

Google mengatakan aplikasi yang dijenamakan semula akan diperkenalkan untuk iPhone dan Android dalam minggu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Chromecast Akan Dijenamakan Semula Menjadi Google Cast"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info