Pada hari pertama Mobile World Congress 2016, pihak Sony telah mengumumkan siri X mereka dan juga empat peranti konsep terbaru dalam dunia mudah alih. Salah satu peranti konsep tersebut adalah Xperia Eye, peranti kamera boleh-pakai dengan resolusi sebesar 4K.
Apa yang menjadikan Xperia Eye ini satu peranti konsep adalah Sony berhasrat dengan adanya peranti ini, ia dapat memastikan pengguna sentiasa dapat mengabadikan apa sahaja kenangan melalui rakaman pada peranti tersebut. Jika dilihat pada evolusi kamera, kenangan dahulu sukar diabadikan kerana saiz kamera yang besar, dan sukar dibawa kemana-mana. Bermulanya dengan penciptaan kamera aksi seperti Go Pro, barulah dunia kamera aksi bertambah mekar dan ramai pengeluar menyertai industri ini. Xperia Eye ini bukan sahaja diilhamkan dari kamera aksi yang sedia dihasilkan oleh Sony, ia juga berupaya menjadi kamera yang pelbagai, malah mempunyai klip yang mempunyai banyak kegunaan.
Menggunakan klip pada belakang peranti Xperia Eye ini, pengguna boleh menyangkutkan peranti ini pada poket baju, dan sedia untuk merakam secara automatik. Oleh kerana saiznya yang kecil dan ringan, pengguna tidak merasakan renyah untuk memakainya. Malah rekabentuknya lebih mesra pengguna dan tampak elegan memakainya. Jika anda merasa memakai kamera aksi seperti Go Pro sepanjang hari membuatkan anda berasa pelik, kamera Xperia Eye lebih sesuai digayakan bersama anda.
Klip pada badan peranti ini juga boleh berfungsi sebagai penyandar peranti ini. Pengguna boleh menggunakannya sebagai kamera untuk perbualan video, menambah kepelbagaian penggunaannya. Bagi menambah versatiliti produk ini, ia juga boleh digunakan sebagai kamera aksi dengan hadirnya beberapa aksesori tambahan. Pengguna boleh menggunakan aksesori untuk meletakkannya di palang basikal, membawanya ke aktiviti lasak dengan cesi kalis air, atau
Xperia Eye ini dilengkapi dengan sensor pengimejan 4K Exmor RS untuk peranti mudah alih dan mampu merakam video dengan resolusi 4k. Ia juga mempunyai fungsi pengecaman wajah, dengan fungsi Intelligent Shutter dan mempunyai penstabil imej Sony SteadyShot. Terdapat juga butang kawalan dan dikatakan peranti ini boleh dikawal menerusi kawalan suara. Tiada spesifikasi penuh didedahkan berkenaan peranti konsep ini.
Oleh kerana ini merupakan peranti konsep, masih tidak diketahui lagi adakah peranti ini bakal menemui pengguna atau tidak. Apa pendapat anda dengan kamera sebegini?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MWC 2016 – Sony Xperia Eye"