Samsung pada tahun ini telah memperkenalkan keluarga tablet Galaxy Tab A, dan selain daripadanya pihak Samsung kini turut telah memperkenalkan keluarga tablet baru dikenali sebagai Galaxy Tab E di pasaran Taiwan. Galaxy Tab E dilihat sebagai tablet pada harga lebih mampu-milik, dan buat masa ini hanya variasi 9.6-inci sahaja diumumkan.
Galaxy Tab E ini hadir dengan resolusi 1280×800 pixel dan paparan TFT LCD. Seperti biasa, ia membawakan rekaan ikonik Samsung, membawakan bateri berkapasiti 5000mAh, dan hanya versi WiFi sahaja diumumkan buat masa ini.
Dari segi spesifikasi, Galaxy Tab E ini menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1.5GB RAM, serta ruangan storan 8GB yang boleh diperluaskan dengan mikro-SD.
Untuk sistem operasi, ia menggunakan Android 4.4 KitKat – dan tidak diketahui mengapa pihak Samsung tidak menggunakan terus versi Android 5.0 Lollipop padanya.
Di Taiwan, tablet ini berharga $225 (~RM845). Buat masa ini ia tidak diketahui lagi bilakah tablet ini akan memasuki pasaran global.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Tab E Hadir Dengan Skrin 9.6-inci Dan Android 4.4 KitKat"