Google kerap membuat kajian profil pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Hari ini, mereka berkongsi kajian yang dilakukan melibatkan lebih kurang 1000 warga Malaysia berkaitan dengan platform video popular mereka, YouTube.
Daripada kajian yang dilakukan, ia dilihat majoriti pengguna tempatan berumur antara 16 hingga 34 tahun lebih suka menonton YouTube berbanding saluran televisyen.
Secara purata, 55% daripada responden dilihat menyatakan minat mereka kepada kandungan di YouTube berbanding siaran saluran televisyen. Salah satu sebab untukny adalah kerana kemudahan mencari kandungan di YouTube, dan setiap kali berkunjung ke laman tersebut, pengguna akan melihat lebih daripada satu video.
Di Malaysia juga, tontonan YouTube melalui peranti mudah-alih semakin meningkat, dimana kini lebih ramai menghabiskan masa menonton video YouTube menggunakan peranti mudah-alih berbanding penggunaan desktop. Bercakap mengenai kandungan pula, pengguna tempatan lebih banyak meluangkan masa menonton kandungan muzik, filem dan komedi.
Dengan perkembangan sihat dalam arena internet, tidak mustahil untuk kita melihat YouTube terus berkembang dengan pesat di Malaysia, sekaligus memperlihatkan lebih ramai penerbit kandungan menerbitkan kandungan melaluinya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Malaysia Lebih Suka Menonton YouTube Berbanding Saluran TV"