Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan MyTeksi Kini Dijenamakan Semula Menjadi Grab

MyTeksi atau turut dikenali sebagai GrabTaxi di beberapa negara sekitar AsiaTenggara, hari ini mengumumkan penjenamaan semula kepada nama baru dipanggil sebagai Grab. Dengan penjenamaan MyTeksi kepada Grab ini, ia sekaligus membuatkan pelbagai penawaran perkhidmatan mereka dibawah payung nama yang sama.

Grab

Grab akan memfokuskan kepada perkhidmatan memanggi teksi terus menggunakan aplikasi – sama seperti MyTeksi. Dengan penjenamaan semula ini, ia memudahkan lagi pengguna mengetahui dan menggunakan perkhidmatan mereka.

Selepas penjenamaan semula ini, GrabTaxi akan memfokuskan kepada teksi, GrabCar pula memfokuskan kepada kenderaan persendirian.

Bersama-sama penjenamaan semua ini, logo baru Grab turut diperkenalkan, dan aplikasi mereka turut diberikan nafas baru.

Grab

Grab kini dikatakan lebih memudahkan pengguna untuk membuat tempahan, disamping beroperasi lebih pantas. Pengguna juga turut boleh menggunakan GrabPay untuk membuat bayaran terus menggunakan kad kredit, tanpa perlu membayar menggunakan wang tunai.

Satu lagi perkhidmatan baru yang hadir adalah GrabWork, membolehkan ia digunakan untuk perniagaan – memudahkan syarikat untuk membuat tempahan dan memantau perbelanjaan mereka. Sebuah butang panggilan baru dinamakan Flash turut akan diaktifkan pada 30 Januari 2016 kelak untuk memudahkan pengguna membuat tempahan teksi terdekat dengan mereka.

Aplikasi Grab baru ini boleh dimuat-turun pengguna Android dan iOS. Aplikasi sedia ada akan dikemaskini kepada yang baru ini secara automatik.

Layari : Grab


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Perkhidmatan MyTeksi Kini Dijenamakan Semula Menjadi Grab"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info