Microsoft sedia memperkenalkan program Windows Insider yang membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu versi pembangunan Windows 10 dan memberikan maklumbalas supaya ia dapat lebih ditambah-baik. Terkini, melalui Windows 10 Build 14356 yang telah ditawarkan kepada peserta program berkenaan, Microsoft turut menyertakan beberapa fungsi baru.
Salah satu fungsi baru yang menjadi fokus adalah kebolehan mendapatkan notifikasi dari telefon pintar ke PC. Microsoft menjayakan perkara ini melalui penggunaan Cortana pada Windows 10 dan telefon pintar.
Untuk makluman, fungsi Cortana tidak ditawarkan secara rasmi untuk pengguna tempatan, dan perlu diaktifkan secara manual. Perkara sama juga untuk Windows Phone dan juga Android.
Sebaik sahaja pengguna menghubungkan akaun Cortana pada telefon pintar dan komputer, mereka seterusnya boleh menerima notifikasi seperti SMS, panggilan telefon dan juga daripada beberapa aplikasi media sosial.
Pengguna juga turut boleh menghantar gambar dari telefon pintar kepada PC melalui Cortana – tetapi fungsi ini hanya terhad kepada dari peranti Windows 10 Mobile sahaja.
Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk kekal berkomunikasi dan tidak lagi perlu melihat skrin telefon setiap masa ketika membuat tugasan.
Fungsi ini masih pada peringkat ujian dan dijangka hadir kepada semua pengguna seluruh dunia melalui kemaskini Windows 10 akan datang sekitar bulan Julai kelak.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Versi Ujian Terbaru Windows 10 Membolehkan Anda Lihat Notifikasi Dari Android Dan Windows Phone"