Bagi pengguna tempatan, nama Grab mungkin tidak asing lagi. Ia dahulunya dikenali dengan nama MyTeksi, dan kini turut menawarkan tempahan kenderaan yang bukan terhad kepada teksi sahaja. Grab kini beroperasi disejumlah negara sekitar Asia Tenggara.
Kini, selain Asia Tenggara, pengguna yang sedia mempunyai aplikasi Grab terpasang pada telefon pintar mereka turut boleh menggunakan aplikasi sama untuk membuat tempahan ketika berada di Amerika Syarikat. Perkara ini dijayakan melalui integrasi Grab-Lyft yang telah diumumkan pada penghujung 2015 yang lepas, dan kini telah beroperasi sepeuhnya.
Melalui aplikasi Grab, pengguna kini boleh membuat tempahan Lyft dan Lyft Plus – dan semua transaksi dilakukan melalui kad kredit atau melalui PayPal.
Jadi, sekiranya anda kini bercuti ke Amerika Syarikat, anda tidak lagi perlu risau untuk mendapatkan pengangkutan di sana, dan boleh kekal menggunakan aplikasi Grab di sana.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Grab Kini Boleh Membuat Tempahan Di Amerika Syarikat Melalui Lyft"