Satelit mungkin akan digantikan oleh dron berkuasa solar di masa hadapan. Inilah impian masa hadapan Airbus dengan dron Zephyr mereka. Menurut Airbus, dron berkuasa solar ini cukup berguna untuk kegunaan intipan ketenteraan, mengesan perubahan muka bumi, mengesan kebakaran dan menjadi sistem komunikasi ketika kecemasan. Mereka telahpun melakukan ujian ke atas dron Zephyr mereka sejak 2008. Zephyr 7 keluaran mereka berjaya melakukan penerbangan selama 14 hari sebelum perlu mendarat.
Mereka kini sedang membangunkan Zephyr S dengan sayap sepanjang 25 meter yang mampu terbang pada ketinggian 65000 kaki. Ini bersamaan dengan dua kali ganda ketinggian yang mampu dicapai sebuah pesawat komersial. Mereka turut mensasarkan dron ini mampu terbang selama 30 hari sebelum perlu pulang ke bumi. Tugas dron yang pulang ke bumi ini akan diambil alih oleh dron yang menggantikan tempatnya. Penggunaan dron mempunyai beberapa kelebihan berbanding sistem satelit sekarang. Pertama sekali komponen yang dibawa boleh ditukar dengan mudah mengikut keperluan misi tanpa memerlukan seorang angkasawan. Apabila sudah melepasi tempoh luput penggunaan, Zephyr kembali ke bumi dan tidak menjadi sampah angkasa yang kini mengelilingi bumi. Inovasi yang diluar kotak apabila berbicara tentang satelit.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Airbus Mahu Menggantikan Satelit Dengan Dron Berkuasa Solar"