Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perodua Axia G Akan Dilengkapi Sokongan Teknologi ABS Bermula Januari 2016

Terdapat beberapa variasi model dibawah keluarga Perodua Axia, dan terkini, hari ini, pihak Perodua mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini model Axia G dengan sokongan ABS (anti-lock braking system) bermula daripada bulan Januari 2016 kelak.

ABSABS merupakan salah satu sistem keselamatan pada kenderaan, yang mana membolehkan kawalan kenderaan yang lebih baik – terutamanya ketika ingin menghentikan kenderaan ketika sedang memandu – sekaligus mengelakkan berlakunya kenderaan tergelincir tanpa kawalan.

Penambahan sokongan ABS pada Perodua Axia G ini juga turut hadir dengan kenaikkan harga jualan kenderaan berkenaan, dimana ia akan dijual pada harga tambahan RM1500 berbanding harga jualan sebelum ini.

Perodua turut menekankan yang mana pelanggan yang telah menempah Axia G antara 1 Oktober hingga 10 Disember sebelum ini, dan belum menerima kereta mereka akan ditawarkan baucar RM500 sebagai token, sementara pelanggan baru yang membuat tempahan akan tertakluk kepada harga jualan baru ini.

Dengan pengenalan sokongan ABS pada Perodua Axia G ini, ia sekaligus menjadikan hanya model Axia E sahaja yang dijual tanpa sokongan ABS buat masa ini dibawah keluarga Axia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Perodua Axia G Akan Dilengkapi Sokongan Teknologi ABS Bermula Januari 2016"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info