Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Peranti Lenovo Yang Bakal Menerima Android 6.0 Marshmallow Diperlihatkan

Dengan lambakkan peranti Android di pasaran pada hari ini, kini pengeluar juga bukan sahaja bersaing dari segi spesifikasi dan juga harga, tetapi juga penawaran kemaskini untuknya. Beberapa pengeluar telah mengumumkan bakal menawarkan kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk peranti mereka, dan kini gambar tertiris memperlihatkan perancangan Lenovo untuk peranti mereka.

Lenovo Marshmallow

Daripada apa yang tertiris melalui laman Weibo, ia dilihat Lenovo merancang pengenalan Android 6.0 Marshmallow untuk beberapa pernati mereka, termasuk Lenovo Vibe X3, Vibe P1, A7000 dan juga Vibe S1. Berkemungkinan pihak Lenovo akan berjaya menawarkan kemaskini mereka hasil kepakaran yang dibawakan ke syarikat mereka melalui pengambil-alihan Motorola sebelum ini.

Kemaskini pertama untuk Android 6.0 Marshmallow dijangka hadir daripada Lenovo menjelang suku kedua 2016 kelak.

Namun, salah satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya adalah berkenaan pengguna diluar China, adakah mereka akan turut tertakluk kepada latar masa yang tertiris ini ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Peranti Lenovo Yang Bakal Menerima Android 6.0 Marshmallow Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info