Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Watch Disasarkan Akan Mula Dipasarkan Bermula April 2015

Ketika pengumuman berkaitan kewangan syarikat, Tim Cook telah berkongsi beberapa perkara, termasuk berkaitan peranti iOS yang sedia terjual, dan juga berkaitan dengan jam tangan pintar mereka yang bakal menyusul.


Dinamakan sebagai Apple Watch, ia telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun lepas dan Apple telah memperlihatkan secara kasar apakah fungsi yang dibawakan olehnya serta menarik pembangun membangunkan aplikasi untuk jam tangan pintar berkenaan.


Apple Watch


Bercakap mengenainya hari ini, Tim Cook mengatakan akan memasarkan ia kepada umum bermula bulan April kelak. Seperti beberapa produk mudah-alih Apple, kita mungkin akan dapat melihat ia dipasarkan secara berperingkat mengikut negara – bermula daripada Amerika Syarikat terlebih dahulu.


Dengan pengumuman Tim Cook berkaitan tarikh pemasaran produk berkenaan, semestinya ramai kini nantikan pengenalan penuh peranti berkenaan, termasuk dari segi ketahanan bateri dan juga harga untuk pelbagai variasi jam Apple Watch ini.


Apple Watch


Apple Watch


Apple Watch






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Watch Disasarkan Akan Mula Dipasarkan Bermula April 2015"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info