Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Mengumumkan Telah Mengeluarkan Lebih Daripada 1 Bilion Peranti iOS

Dalam arena peranti pintar, platform Apple boleh dikatakan yang paling popular dengan ramai pembangun memperkenalkan aplikasi mereka untuk platform iOS terlebih dahulu berbanding beberapa platform lain. Terkini, berkongsi mengenai statistik penjualan, pihak Apple telah mengeluarkan dan memasarkan lebih 1 bilion peranti berasaskan iOS sehingga kini.


Menurut Apple, peranti berkenaan adalah sebuah telefon iPhone 6 Plus berkapasiti 64GB dan bewarna kelabu.


Peranti berasaskan iOS meliputi beberapa kategori, termasuk iPhone, iPad dan juga iPod Touch. Pengumuman ini juga turut hadir selari dengan ulang-tahun pengenalan iPad yang kelima hari ini.


Jikalau dibandingkan dengan pesaing terdekat mereka, Google sebelum ini telah mengatakan mereka telah mengaktifkan lebih 1 bilion peranti berasaskan Android pada September 2013 yang lepas, dan pada Jun 2014 yang lepas mereka telah mengumumkan mereka mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif Android setiap bulan.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Mengumumkan Telah Mengeluarkan Lebih Daripada 1 Bilion Peranti iOS"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info