Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Mobile Ingin Memfokuskan Pasaran Malaysia – Akan Hadir Dengan Pusat Khidmat Eksklusif

ZTE hari ini bakal memperkenalkan sebuah telefon pintar baru daripada mereka, dan bersempena dengannya, kami telah berpeluang meluangkan sedikit masa dengan pihak eksekutif daripada ZTE, dimana mereka berkongsi beberapa perancangan mereka untuk pasaran tempatan.


ZTE pada penghujung tahun lepas telah mula memasuki pasaran Malaysia kembali dalam memasarkan peranti mudah-alih mereka, dan kini menurut ZTE, Malaysia merupakan salah satu daripada lima buah negara yang menjadi fokus dalam pemasaran peranti baru.


CEO ZTE Mobile


Dengan memfokuskan ke pasaran tempatan, ZTE akan mula memasarkan peranti-peranti terbaru mereka, terutamanya telefon pintar terlebih dahulu ke Malaysia berbanding beberapa negara lain. Sebelum ini, boleh dikatakan agak sukar pengguna tempatan mendapatkan peranti ZTE, membuatkan mereka terlepas beberapa buah peranti flagship daripada ZTE sebelum ini.


Pada masa yang sama, ZTE juga turut mengatakan mereka akan membuka pusat khidmat eksklusif di Malaysia dalam membolehkan para pengguna tempatan mendapatkan khidmat rundingan, membaiki peranti dan sebagainya. Namun, tiada sebarang tarikh yang diberikan oleh pihak ZTE berkenaan bilakah mereka akan melancarkannya di Malaysia.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Mobile Ingin Memfokuskan Pasaran Malaysia – Akan Hadir Dengan Pusat Khidmat Eksklusif"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info