Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pushbullet Diberikan Nafas Baru – Mengkategorikan Perkongsian Dengan Lebih Baik, Termasuk Sokongan Permesejan

Pushbullet merupakan salah satu perkhidmatan yang diminati ramai pengguna peranti mudah-alih Android dan iOS, dimana ia membolehkan pengguna menghantar sesuatu fail atau teks daripada komputer terus ke peranti mudah-alih, dan pada masa yang sama membolehkan paparan notifikasi daripada peranti mudah-alih di komputer.

Pushbullet

Terkini, Pushbullet mengemaskini aplikasi dan perkhidmatan mereka, dimana melaluinya, mereka membahagikan penggunaan pada aplikasi mereka pada tiga bahagian. Bahagian utama dilabelkan sebagai “Me” yang memfokuskan kepada perkongsian antara anda dan peranti yang dimiliki anda sendiri, bahagian keduanya adalah “Following” – merupakan saluran yang diikuti anda untuk sesuatu kemaskini, dan terbaru adalah “Friends” yang mana memfokuskan kepada perkongsian anda dengan rakan-rakan lain.

Dengan pengenalan susunan baru ini, pengguna boleh menguruskan perkongsian mereka dengan lebih baik, selain turut menggunakan aplikasi sama untuk membincangkan perkongsian mereka dengan rakan-rakan lain.

Pihak Pushbullet juga turut mengemaskini perkhidmatan mereka dengan kemaskini antaramuka menjadikan ia lebih kurang selari pada pelbagai platform.

Bagi pengguna Pushbullet, anda boleh mengemaskini aplikasi pada peranti mudah-alih anda hari ini, dan menikmati pelbagai fungsi yang dibawakan ini.

Pushbullet

Pushbullet

Muat-Turun Pushbullet


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pushbullet Diberikan Nafas Baru – Mengkategorikan Perkongsian Dengan Lebih Baik, Termasuk Sokongan Permesejan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info