Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Firefox 39 Hadir Dengan Kemudahan Untuk Berkongsi Pautan Firefox Hello

Mozilla secara kasarnya mengemaskini pelayar web mereka kepada versi terbaru hampir 6 minggu sekali, dan terkini, hari ini mereka telah pun mula menawarkan pelayar web Firefox 39 untuk pengguna desktop dan Android. Dengan kemaskini semasa yang lebih pantas ini, fungsi-fungsi baru yang disertakan adalah terhad, dan pada Firefox 39, Mozilla menyertakan beberapa fungsi baru sahaja.

Firefox Hello ShareSalah satunya adalah kemudahan untuk berkongsi pautan Firefox Hello ke laman sosial. Firefox Hello merupakan perkhidmatan komunikasi video dan suara berasaskan webRTC yang telah diperkenalkan sebelum ini. Dengan sokongan perkongsian, pengguna boleh berkongsi pautan dengan mudah dan mengajak rakan-rakan untuk turut serta menyertai mereka dalam berbual dan sebagainya. Memandangkan ia berasaskan kepada webRTC, maka fungsi Firefox Hello turut boleh digunakan daripada Chrome atau Opera.

Selain daripadanya, Mozilla lebih memfokuskan kepada kestabilan dan kelancaran. Keutamaan dilihat diberikan kepada OS X, dimana melalui Project Silk, kini animasi dan tatalan lebih lancar pada sistem operasi berkenaan. Mozilla turut mengatifkan sokongan imbasan malware untuk muat-turun di OS X dan juga Linux.

Sejumlah fungsi baru turut hadir untuk pembangun bagi diimplementasikan pada pembangunan web dan aplikasi web mereka.

Bagi anda yang menggunakan Mozilla Firefox sebagai pelayar web, ia akan dikemaskini secara automatik kepada anda. Pengguna yang ingin mencubanya, seperti biasa boleh memuat-turun pelayar web ini secara percuma hari ini.

Firefox 39 ditangguhkan pelancaran beberapa hari kerana kestabilan, dan pengguna hanya ditawarkan versi beta sahaja buat masa ini.


Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Firefox 39 Hadir Dengan Kemudahan Untuk Berkongsi Pautan Firefox Hello"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info