Disamping pengenalan Nexus 6P, pihak Huawei Malaysia juga hari ini mengambil kesempatan untuk melancarkan jam tangan pintar berasaskan Android Wear daripada mereka, dinamakan sebagai Huawei Watch.
Huawei Watch membawakan skrin berbentuk bulat, dan dilengkapi dengan kemasan premium, serta menggunakan kaca sapphire. Menggunakannya, pengguna boleh memantau pelbagai aktiviti harian mereka, disamping menerima notifikasi dari peranti terus ke telefon pintar. Huawei Watch boleh digunakan bersama-sama telefon Android dan juga iOS – dan tidak terhad untuk pengguna peranti Huawei sahaja.
Huawei Watch ditawarkan dalam tiga variasi, iaitu Stainless Steel Case w/ Stainless Links Bracelet pada harga RM1799, Stainless Steel Case w/ Black Leather Strap pada harga RM1799 juga, sementara Black Plated Stainless Case w/ Black Stainless Steel Links Bracelet pada harga RM1999. Huawei Watch turut akan dijual melalui VMall dan juga Lazada bermula 10 Disember 2015 ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Watch Berharga Bermula RM1799, Dijual Di Malaysia 10 Disember 2015"