Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Twitter Memperkenalkan Fungsi Timestamps Bagi Memudahkan Perkongsian Babak Menarik Dari Video Secara Langsung

Fungsi penstriman video secara langsung diperkenalkan oleh Twitter pada tahun 2015 menerusi Periscope. Kerap kali apabila pengguna ingin berkongsi babak menarik video secara langsung ini, mereka perlu menaik waktu ianya berlaku. Twitter telahpun memperkenalkan fungsi baru Timestamps akan memudahkan perkongsian babak menarik video secara langsung ke susur masa.

Apabila menonton video secara langsung yang telah dimuat naik, pengguna boleh menekan butang Share. Butang kawalan video akan terpapar pada skrin dan pengguna kemudian memilih bila masa klip video ingin dikongsi. Selepas ini dilakukan tekan butang New Tweet untuk berkongsi ke laman Twitter. Apabila pautan ditekan oleh pengguna, video akan dimainkan dari babak yang telah dipilih tadi.Fungsi ini te disokong pada aplikasi Android, iOS dan laman web bermula hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Twitter Memperkenalkan Fungsi Timestamps Bagi Memudahkan Perkongsian Babak Menarik Dari Video Secara Langsung"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info