Lenovo Vibe S1 dilancarkan di Malaysia minggu ini dan ianya peranti yang mementingkan selfie. Ia mempunyai kamera berkembar hadapan yang mampu mengesan jarak peranti dari objek yang diambil. Ini sekaligus membolehkan pengguna melakukan pemfokusan semula selepas gambar diambil. Mari bandingkan peranti ini dengan dua lagi peranti yang mempunyai saiz skrin setanding iaitu Oppo R7 dan OnePlus X.
Lenovo Vibe S1
-
5.0" Saiz Paparan
Menggunakan skrin 5.0-inci dengan paparan IPS LCD dan resolusi HD Penuh. Kadar PPI pada 441.
-
MediaTek MT6752
Menggunakan cip lapan teras MediaTek MT672 dengan kelajuan 1.7 GHz. Cip grafik pula ialah Mali-T760MP2.
-
3GB RAM
Hadir dalam pilihan memori 3GB.
-
16GB Storan
Hadir dengan pilihan storan 16GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 GB.
-
128GB MikroSD
Sokongan sehingga 128 Gigabyte dan menggunakan slot SIM kedua.
-
13MP Kamera
Kamera belakang 13-megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF. Turut disertakan flash dua tona.
-
8 + 2MP Kamera Hadapan
Kamera berkembar. Kamera 8 Megapixel f/2.2 mengambil gambar manakala kamera 2 Megapixel merakam jarak peranti dengan objek bagi pemfokusan semula
-
4G
Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM bersaiz Nano.
-
2420 mAh Bateri
Bateri 2420 mAh tidak boleh ditanggalkan
-
5.0
Menggunakan Android 5.0 Lollipop dengan pelancar Vibe UI.
Oppo R7
-
5" Saiz Paparan
Menggunakan skrin 5.0-inci dengan paparan AMOLED dan resolusi HD Penuh. Kadar PPI pada 445.
-
Snapdragon 615
Menggunakan cip lapan teras Snapdragon 615 dengan kelajuan 1.5 x4 + 1.0 x4 GHz. Cip grafik pula ialah Adreno 405.
-
3GB RAM
Hadir dalam pilihan memori 3GB.
-
16GB Storan
Hadir dengan pilihan storan 16GB sahaja dengan sokongan penambahan memori dalaman menggunakan kad MikroSD sehingga 128 GB.
-
128GB MikroSD
Sokongan sehingga 128 Gigabyte dan menggunakan slot SIM kedua.
-
13MP Kamera
Kamera belakang 13-megapixel f/2.2 dengan sistem pemfokusan PDAF.
-
8MP Kamera Hadapan
Kamera 8 Megapixel f/2.4 untuk mengambil gambar selfie pada resolusi tinggi.
-
4G
Menyertakan sokongan 4G LTE untuk kedua-dua SIM bersaiz Nano dan Mikro.
-
2320 mAh Bateri
Bateri 2320 mAh tidak boleh ditanggalkan tetapi menyokong pengecasan pantas VOOC.
-
4.4.2
Menggunakan Android 5.0 Lollipop dengan pelancar Color OS.
OnePlus X
-
5.0" Saiz Paparan
Skrin bersaiz 5.0-inci yang selesa ditangan, dan menyertakan paparan resolusi penuh 1080p. Dilengkapi kaca Gorilla Glass 3 dan menawarkan kadar PPI sebanyak 441PPI.
-
Snapdragon 801
Menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3Ghz.
-
3GB RAM
Menggunakan memori 3GB RAM untuk penawaran penggunaan yang lancar dan tanpa lengah masa.
-
16GB Storan
16GB storan yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.
-
128GB MikroSD
Menyokong kad mikro-SD. Tetapi berbentuk hibrid dan menggunakan slot kad-SIM kedua.
-
13MP Kamera
Menggunakan rakaman gambar dan video menggunakan lensa 13-megapixel.
-
8MP Kamera Hadapan
Kamera hadapan 8-megapixel untuk rakaman gambar selfie.
-
4G LTE
Menyokong rangkaian 4G LTE, dan hadir dengan sokongan dwi-SIM.
-
2525 mAh Bateri
Menggunakan bateri berkapasiti 2525mAh yang tidak boleh ditanggalkan.
-
OxygenOS
Oxygen OS yang dibangunkan sendiri oleh OnePlus berasaskan kepada Android 5.1.1.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perbandingan Lenovo Vibe S1, Oppo R7 & OnePlus X"