Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LG G4 Dilaporkan Akan Hadir Dengan G-Pen – Bersaing Dengan Galaxy Note 4

Dengan tahun 2015 menjelang tiba, pelbagai desas-desus dan ura-ura baru mengenai telefon pintar generasi baru mula kedengaran. Terkini, berkaitan dengan LG, pengeluar peranti dari Korea Selatan berkenaan dikatakan bakal memperkenalkan LG G4 pada 2015 yang mana hadir dengan sokongan stylus.


LG G3 Stylus


Berbeza dengan stylus murahan yang terdapat pada LG G3 Stylus, pihak LG dilihat ingin menawarkan sokongan stylus yang lebih kurang sama seperti pada Galaxy Note, dan turut telah mendaftarkan tanda dagang G-Pen baru-baru ini.


Dari segi spesifikasi, telefon pintar terbaru daripada LG ini dikatakan bakal membawakan skrin bersaiz 5.3-inci dengan resolusi QHD, cip pemprosesan Snapdragon 810, memori 4GB RAM, dan turut hadir dengan rekaan lebih kurang seperti LG G3.


LG G3 telah diperkenalkan pada bulan Mei lepas, dan mungkin kita akan dapat melihat telefon pintar terbaru daripada LG ini dalam tempoh lebih kurang sama atau sebulan dua sebelumnya.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LG G4 Dilaporkan Akan Hadir Dengan G-Pen – Bersaing Dengan Galaxy Note 4"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info