Sembang Maniac

Sembang-sembang je

#QZ8501, Hilang Secara Misteri Seperti MH370!?

Sama seperti MH370, pesawat AirAsia, QZ8501 juga hilang dari radar tanpa memberi sebarang isyarat kepada menara kawalan udara.






Selepas beberapa jam penerbangan yang membawa seramai 162 penumpang itu hilang, pakar penerbangan mula melihat persamaan dengan kejadian MH370 yang masih gagal dikesan sehingga kini.



Pesawat AirAsia Indonesia daripada jenis AirBus 320-200 itu membawa 155 penumpang dan tujuh anak kapal ketika hilang dari radar pada Ahad.



"Tiada sebarang isyarat kecemasan dihantar," kata pegawai Kementerian Pengangkutan Indonesia, Joko Muryo Atmodjo.



Penumpang di dalam pesawat tersebut terdiri daripada 155 warga Indonesia, tiga Korea Selatan dan masing-masing satu dari Malaysia, Singapura dan juruterbang warga Perancis.



Seorang pakar penerbangan, Peter Stuart Smith berkata, aneh apabila QZ8501 tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan kepada pusat kawalan udara.



"Walaupun kita menganggap pesawat itu musnah di udara atau juruterbang hilang kawalan, namun masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.



"Jelas sekali bahawa tanggungjawab utama juruterbang apabila hendak berlepas ialah berkomunikasi dengan menara kawalan dan ia hanya perlu menekan satu butang untuk bercakap.



"Ia akan hanya mengambil masa beberapa saat untuk menghantar isyarat 7700 (kecemasan) pada kotak SSR dan ia akan menghantar isyarat kepada ATC jika terdapat sebarang masalah," katanya.



Berikutan kehilangan MH370 dan QZ8501, pakar mula hairan dan berfikir mengapa juruterbang yang berada dalam sebuah pesawat moden tidak menghantar sebarang isyarat sebelum hilang.



Bagaimanapun pakar penerbangan yakin bahawa pesawat itu akan ditemui secepat mungkin. -mStar



Sejarah Nahas Industri Penerbangan Indonesia



Sejak 20 tahun lalu, 532 orang telah pun terkorban dalam nahas pesawat di Indonesia manakala 116 orang lagi diisytiharkan meninggal dunia.



Tahun ini, lima kejadian insiden pesawat berlaku di Asia Tenggara termasuk kejadian melibatkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine dan juga kehilangan pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.



Nahas Pesawat Boeing 737-800

April 2013






Pada bulan berkenaan, sebuah pesawat baru jenis Boeing 737-800 yang dikendalikan syarikat penerbangan Lion Air, terhempas di perairan Bali kerana gagal mendarat di atas landasan sebaliknya terhempas ke dalam laut.



Ketika kejadian, cuaca hujan.



Kesemua 108 orang penumpang terselamat, tetapi ia adalah insiden ketujuh membabitkan Lion Air sejak 2002.



Nahas Pesawat Buatan Russia Sukhoi Superjet-100

Mei 2012






Pesawat malang itu terhempas di sebuah gunung berapi ketika dalam penerbangan ujian membunuh kesemua 45 penumpang di dalamnya.



Maklumat data pesawat dari perakam perbualan di kokpit menunjukkan juruterbang pesawat itu sedang berbual dengan bakal pembeli kapal terbang berkenaan sebelum ia terhempas di gunung di Jawa Barat.



Nahas Mandala Air, 149 Orang Terbunuh

September 2005






Penerbangan pesawat yang dikendalikan Mandala Airlines terhempas di atas kawasan kediaman hanya beberapa ketika selepas berlepas, membunuh 100 orang penumpang dan 49 orang yang berada di lokasi nahas.



Kini, pesawat AirAsia berkenaan masih hilang selepas terputus hubungan semalam.



Terdapat laporan ada serpihan pesawat ditemui di kawasan Pulau Belitung di Lau Jawa, kira-kira 100 batu daripada lokasi pesawat kali terakhit dikesan.



Pesawat itu hilang ketika dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura membawa bersama 155 orang penumpang dan tujuh anak kapal. -Mynewshub.cc



-SENTIASAPANAS.COM







Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "#QZ8501, Hilang Secara Misteri Seperti MH370!?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info