Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kim Dotcom : Mega Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Panggilan Video Dan Chat Dengan Fungsi Penyulitan Tidak Lama Lagi

Perkhidmatan Mega mungkin bukan sesuatu yang asing bagi anda yang mengikuti perkembangan sejak MegaUpload. Ia menawarkan perkhidmatan storan awan, dan memudahkan pengguna untuk berkongsi fail dengan yang lain. Kini, Kim Dotcom turut mengumumkan yang mana Mega turut akan hadir dengan perkhidmatan panggilan video dan juga chat yang dilengkapi dengan fungsi penyulitan tidak lama lagi.


Seperti semua sedia maklum, dengan perkembangan teknologi, sekuriti telah menjadi salah satu perhatian ramai. Pelbagai perkhidmatan komunikasi terdapat hari ini, tetapi ia terdedah untuk diintip oleh pihak ketiga, sekaligus menjadikan ia mungkin tidak begitu selamat seperti yang diinginkan.


“MegaChat” dilihat ingin menutup ruang ini dengan perkhidmatan panggilan video dan chat mereka tersendiri, yang mana turut hadir dengan sokongan penyulitan – membuatkan pihak ketiga sukar untuk mengintip apa yang dibualkan.


Perkhidmatan komunikasi ini juga turut akan dilengkapi dengan integrasi Mega, membolehkan pengguna untuk memindahkan dokumen dengan pantas menggunakannya.


“MegaChat” ini dijangka akan diperkenalkan pada awal tahun 2015 kelak, dan mungkin akan bersaing dengan beberapa perkhidmatan komunikasi sedia ada – seperti Skype.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kim Dotcom : Mega Akan Hadir Dengan Perkhidmatan Panggilan Video Dan Chat Dengan Fungsi Penyulitan Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info