Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YotaPhone – Peranti Dengan Dwi-Skrin Kini Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Waktu Yang Terhad

YotaPhone telah dilancarkan beberapa bulan lepas secara rasmi di Malaysia pada harga yang agak mengejutkan, iaitu RM1699. Harganya yang tinggi membuatkan ramai yang tidak ingin mendapatkannya ketika itu – apatah lagi jikalau dibandingkan dengan spesifikasi peranti lain yang lebih baik pada harga lebih rendah.


YotaPhone


Terkini, bersempena dengan penghujung tahun, YotaPhone versi asal dilihat telah mula ditawarkan pada harga serendah RM999 di Malaysia, dimana membawakan potongan harga sebanyak 41% berbanding harga asal.


Pengguna juga turut dilihat boleh menerima diskaun tambahan apabila melakukan pembelian menggunakan kad kredit MasterCard di Lazada.


YotaPhone


YotaPhone sebelum ini telah dipasarkan dengan penggunaan dwi-skrin, dimana skrin hadapan berwarna, dan skrin belakang berwarna hitam putih tanpa sokongan skrin sentuh. Skrin belakang dilihat bertujuan memudahkan pengguna mengikuti notifikasi, atau menggunakan peranti tersebut ketika membaca buku digital dan sebagainya.






Banyak lagi menarik FB kami



https://www.facebook.com/gambarpeliklucuorangkomen

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YotaPhone – Peranti Dengan Dwi-Skrin Kini Ditawarkan Pada Harga RM999 Untuk Waktu Yang Terhad"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info