Dropbox sebelum ini telah mengambil-alih aplikasi klien emel popular, Mailbox, serta memperkenalkan aplikasi memfokuskan kepada galeri gambar dinamakan sebagai Carousel. Sebelum ini, kedua-dua ini telah diperkenalkan dibawah Dropbox, dalam usaha memperluaskan kemudahan Dropbox ke perkhidmatan yang lain, namun, nampaknya ia tidak begitu berjaya bagi pihak Dropbox.
Dropbox hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan kedua-dua aplikasi berkenaan – iaitu Mailbox dan Caraousel pada awal 2016 kelak. Mailbox akan ditamatkan pada 26 Februari 2016, sementara Carousel pula pada 31 Mac 2016.
Dropbox turut menekankan yang mana fokus mereka sejak beberapa bulan kebelakangan ini adalah terhadap kolaborasi dan memudahkan pengguna bekerjasama menggunakan Dropbox.
Walaupun penamatan aplikasi Carousel mungkin tidak memberikan impak yang besar, namun sebaliknya untuk Mailbox – yang mana mempunyai pengguna yang gemarkan klien emel berkenaan, dan mungkin ingin mengekalkannya seperti biasa. Pihak Dropbox sekadar mengatakan mereka akan menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan dan membuat transasi daripada aplikasi ini dengan mudah.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dropbox Akan Menamatkan Aplikasi Mailbox Dan Carousel Pada Awal 2016"