Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Tamago – Platform Penstriman Video Secara Langsung Dilancarkan Di Malaysia

Ledakan permainan penstriman video amat popular sejak dua tahun kebelakangan ini. Dengan hanya menggunakan peranti pintar anda boleh melihat sambutan Hari Raya di kampung ketika anda di luar negara dan mengikuti perkembangan artis kesayangan. Facebook Live, YouTube Gaming dan Instagram Live ialah antara platform yang popular. Tamago baru sahaja dilancarkan dan menjadi sebuah lagi platform penstriman video yang boleh digunakan di Malaysia.

Tamago dibangunkan oleh Astro dengan kerjasama Huomao, platfrom penstriman e-sukan popular dari China. Perkhidmatan baru ini mensasarkan kandungan pengguna dari Malaysia, Indonesia, Filipina
dan Vietnam. Menurut mereka setakat ini sebanyak 150,000 telah mendaftar kepada perkhidmatan ini.

Selain menonton strim dari personaliti kegemaran, pengguna boleh berbual dengan dengan mereka, memberikan hadiah maya dan menonton strim pertandingan seperti DotA 2 Majors secara langsung. Turut ditawarkan ialah kandungan eksklusif dari Astro seperti saluran eGG Network.

Muat turun aplikasi Android Tamago dari Google Play

Muat turun aplikasi iOS Tamago dari Apple App Store



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Tamago – Platform Penstriman Video Secara Langsung Dilancarkan Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info