Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Alibaba Mahu Menjual Kereta Menggunakan Mesin Layan Diri Gergasi Dengan Sistem Imbasan Wajah

Alibaba ialah syarikat yang terkenal dengan platform jualan atas talian mereka. Pelbagai produk boleh dibeli tanpa pengguna perlu keluar dari rumah. Kini mereka mempunyai perancangan menjual kereta pula menerusi mesin layan diri gergasi Auto Vending Machine.

Pengguna boleh mengimbas kenderaan yang mereka lihat di atas jalan raya menggunakan aplikasi Taobao. Ia kemudian akan mengenalpasti model kereta dan dimana pengguna boleh melakukan pandu uji kereta yang sama. Mereka kemudian perlu memuat naik satu swafoto yang digunakan pada sistem imbasan wajah Auto Vending Machine. Sekiranya wajah yang diimbas pada mesin layan diri sama dengan yang dimuat naik, kereta akan dikeluarkan dari simpanan. Pengguna kemudian boleh menguji kenderaan selama tiga hari sebelum ini perlu dipulangkan.

Apa yang dilakukan oleh Alibaba ini sebenarnya bukan idea baru. Volkswagen mempunyai mesin layan diri yang menghantar kenderaan kepada pembeli yang ingin mengambil kenderaan terus dari kilang mereka di Wolvsburg. Di Nashville Amerika Syarikat pula sistem yang sama digunakan di Carvana, Yang unik mengenai sistem Alibaba ialah kesemua proses mengenalpasti, mencari, menguji dan membeli dilakukan terus dari aplikasi peranti pintar.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Alibaba Mahu Menjual Kereta Menggunakan Mesin Layan Diri Gergasi Dengan Sistem Imbasan Wajah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info