Xiaomi hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Mi Band generasi baru mereka, dinamakan sebagai Mi Band Pulse – hadir dengan sokongan sensor denyutan nadi, membolehkan pengguna memantau lebih banyak data berkaitan dengan kecergasan dan aktiviti harian mereka.
Xiaomi mengatakan Mi Band baru ini menyertakan photoelectric heart rate sensor, membolehkan pengguna memantau kadar denyutan jantung harian, mahupun ketika mereka bersenam. Xiaomi mengatakan ia memaparkan data yang lebih jitu dan saintifik berbanding dengan kebiasaan.
Xiaomi akan menjual gelang tangan pintar baru ini bermula daripada 11 November di China. Ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan menawarkannya secara rasmi di Malaysia. Versi asas akan dijual pada harga biasa, sementara dengan sensor denyutan nadi ini akan dijual pada harga RMB99 (~RM68).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Band Pulse Diperkenalkan – Hadir Dengan Sokongan Sensor Denyutan Jantung"