Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telekom Malaysia Ingin Menawarkan Pakej PlayStation 4 Untuk Pelanggan UniFi

Telekom Malaysia sehingga kini telah menawarkan beberapa produk khusus seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar melalui pakej telekomunikasi mereka. Terkini, gergasi internet Malaysia berkenaan turut dilihat akan menawarkan konsol PlayStation 4 bersama-sama pakej mereka.

TM PS4

Daripada apa yang diperlihatkan, Telekom Malaysia akan menawarkan bundle Star Wars Battlefront PlayStation 4 pada 1 Disember 2015 kelak untuk pelanggan UniFi Advance yang baru dan juga yang sedia ada.

Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah pakej berkenaan kelak akan kelihatan, atau berapakah pengguna perlu membayar untuk mendapatkan konsol edisi terhad berkenaan.

Di Malaysia, konsol edisi terhad bertemakan Star Wars ini dijual pada harga RM1849, dan boleh didapati di Sony Store Online.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telekom Malaysia Ingin Menawarkan Pakej PlayStation 4 Untuk Pelanggan UniFi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info