Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kerangka Luar Tambahan Berwarna Untuk PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM99

Sony beberapa bulan lepas telah memperkenalkan PS4 HDD Bay Cover, atau kerangka luar tambahan berwarna-warni untuk PlayStation 4. Ia membolehkan pengguna memberikan personaliti untuk konsol anda mengikut citarasa anda.

Sony PlayStation 4

Terkini, aksesori tambahan tersebut telah pun mula dijual di Malaysia, dimana ia ditawarkan dalam pilihan warna terhad – biru, hijau, ungu, perak dan juga emas. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di Sony Store di KLCC dan juga The Curve sahaja.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu membelinya dan memasangnya pada konsol dengan mudah.

Di Malaysia, kerangka luar tambahan berwarna ini dijual pada harga RM99.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerangka Luar Tambahan Berwarna Untuk PlayStation 4 Mula Dijual Di Malaysia – Berharga RM99"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info