Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Raspberry Pi ZERO Diperkenalkan – Saiz Lebih Kecil, Berharga Sekitar RM20

Raspberry Pi merupakan salah satu komputer bersaiz mini yang popular diseluruh dunia, dan digunakan ramai dalam pembangunan projek-projek berkaitan hardware. Terkini, selepas kejayaan beberapa versi sebelum ini, pihak Raspberry memperkenalkan produk terbaru mereka, dinamakan sebagai Raspberry Pi ZERO.

Raspberry Pi ZERO

Salah satu perkara utama yang diberikan perhatian pada Raspberry Pi ZERO adalah kos jualannya, dimana ia dijual pada harga hanya $5 sahaja (~RM21). Ini sekaligus mengalakkan lebih ramai menyertai arena pengaturcaraan dan pembangunan menggunakan Raspberry Pi.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip pemprosesan Broadcom BCM2835 1GHZ ARM11, memori 512MB LPDDR2 RAM, slot mikro-SD, sokongan mini-HDMI dengan output 1080p, penggunaan mikro-USB untuk kuasa, dan saiz sekecil 65mmx30mmx5mm.

Raspberry Pi Zero boleh menggunakan sistem operasi Raspbian dan pelbagai aplikasi kegemaran anda.

Memandangkan Raspberry Pi ZERO hadir dengan sokongan asas, ia tidak menyertakan sokongan USB, dan memerlukan pengguna untuk membeli adapter tambahan untuknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Raspberry Pi ZERO Diperkenalkan – Saiz Lebih Kecil, Berharga Sekitar RM20"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info